HEADLINES

Dr Akmal Saleh letak jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka

Peletakan jawatan itu berkuatkuasa minggu depan

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan negeri Melaku berkuatkuasa minggu depan.

Akmal, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau mengumumkan keputusan berkenaan ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno pada Persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Akmal, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, dengan ini saya meletakkan jawatan sebagai Exco berkuat kuasa minggu depan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mempertahan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Menurut Akmal, beliau meletak jawatan Exco bukan kerana pangkat atau kedudukan sebaliknya bagi mempertahankan prinsip, suara akar umbi dan maruah politik.

keputusannya itu, katanya, demi prinsip menentang DAP yang merupakan parti sekutu dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai Barisan Nasional.

Sebelum ini, media melaporkan Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan disandangnya ketika ini susulan gesaan beliau supaya Umno keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Zahid.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau menunggu surat rasmi peletakan jawatan itu sebelum membuat keputusan lanjut.

“Saya menghormati keputusan Dr Akmal Salleh kerana beliau berkarya dengan cara Pemuda.

“Saya sebagai Ketua Negeri akan menunggu surat secara rasmi untuk saya pertimbangkan sama ada saya menerima atau pun tidak menerima dan perkara itu tertakluk kepada perbincangan saya nanti,” katanya. – 15 Januari, 2026

 

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related