HEADLINES

Khairy sifatkan kehadiran ke PAU sebagai emosional, selepas tiga tahun dipecat

Khairy berkata hari ini beliau kembali ke PAU sebagai pemerhati dan telah mendapatkan keizinan daripada presiden untuk hadir

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tiga tahun dipecat dari Umno, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya ke Perhimpunan Agung Umno (PAU 2025) hari ini sebagai sesuatu yang emosional.

Khairy turut merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput ke PAU dan beliau turut memaklumkan telah bertemu dengan presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan keizinan hadir ke Persidangan Pemuda Umno hari ini.

“Hari ini adalah hari yang sangat emosional bagi saya. Saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya.

“Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya dapat salam dia, saya tanya dia bolehkah saya datang hari ini.

“Saya kata kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang. Saya hanya akan datang kalau Datuk Seri bagi izin untuk saya datang. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata ‘please come’.

“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kerana jemput saya balik untuk hadir ke perhimpunan ini,’’ katanya ketika ditemui media hari ini.

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan menyertai semula Umno, Khairy berkata:

“Melangkah kembali? One step at a time. Hari ini saya kembali sebagai pemerhati. Dan insyaAllah selepas ini kita akan buat apa yang perlulah,’’ katanya.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi Ketua Pemuda Umno dari pada 2009 sehingga 2018, berulang kali menegaskan pendirian tidak akan menyertai mana-mana parti meskipun menerima pelawaan.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai pengumuman Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata isu itu sangat kompleks daripada apa yang difikirkan.

“Akmal sebut dia akur dengan keputusan parti iaitu untuk kekal bersama dengan pemerintah sebab kita mahu melihat kestabilan politik.

“Saya rasa itu adalah mesej yang sangat penting dan apa yang Akmal katakan sangat berprinsip,’’ katanya.

Tegasnya, Akmal menyatakan beliau akur dan akan terus menyokong kerajaan tetapi pada masa sama beliau melakukan apa yang perlu dilakukan.

Akmal juga, kata Khairy, menyatakan bahawa ia bukan perhimpunan kebencian dan penyatuan Melayu tidak seharusnya membuat kaum lain rasa terancam. – 15 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related