HEADLINES

Ramai menggelupur Akmal Saleh umum letak jawatan exco

Ketua Pemuda Umno itu berjanji akan melahirkan ‘300,000 Akmal Saleh’ untuk hentak pihak yang cabar Umno

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh tidak menafikan tindakannya melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Melaka berkemungkinan akan mencetus rasa gelisah membabitkan pihak tertentu.

Keputusan itu katanya menyebabkan ada yang ‘menggelupur’ kerana menyedari dia kini mempunyai lebih banyak masa untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang didakwa menyentuh ‘garis merah’ Umno.

“Bila saya letak jawatan exco ramai yang menggelupur. Sebab dia takut saya nak full time bantai dia lepas ni.

“Tapi saya nak bagi tahu, bila Akmal Saleh letak jawatan exco, Insya-Allah Akmal Saleh akan hasilkan lagi 300,000 Akmal Saleh untuk hentak diorang ni nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Pemuda Umno malam tadi.

Semalam, Dr Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Melaka bagi menyediakan ruang buatnya ‘menentang DAP habis-habisan’.

Akmal tidak menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan namun kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada pemimpin DAP.

Akmal memaklumkan perkembangan itu ketika berucap pada Perhimpunan Pemuda Umno. Peletakan jawatan itu melibatkan portfolio exco kemajuan desa dan keterjaminan makanan negeri berkuat kuasa pada minggu depan.

Pengumuman itu turut disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang hadir sebagai pemerhati dalam persidangan berkenaan.

Dalam ucapannya, Dr Akmal turut menegaskan Pemuda Umno telah terbukti melahirkan pemimpin besar kepada negara.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah antara tokoh yang lahir daripada Pemuda Umno.

“Hari ini ada mantan ketua Pemuda Umno telah menjawat jawatan nombor satu (perdana menteri) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tahniah saya ucapkan kerana terbukti bahawa kilang Pemuda Umno adalah tempat melahirkan pemimpin yang hebat,” katanya.

Bagaimanapun, Akmal sedih kerana Najib selaku bekas ketua Pemuda Umno kini berada di sebalik tirai besi, namun tidak pernah melupakan jasa bekas pemimpinnya. – 16 Januari 2026

Topics

 

Hangat

Health Ministry bans sale of five cosmetics for containing scheduled poisons

The Health Ministry has revoked the notification of five cosmetic products as they were found to contain scheduled poisons and are no longer allowed to be sold in Malaysia.

World sepak takraw rankings: ambitious start, stalled progress?

Six months after the ISTAF World Cup, the much-anticipated ranking system remains in limbo, leaving questions about the sport’s Olympic future

Malaysia breaks medal tally record for SEA Games outside of KL – NSC

The national contingent has so far garnered 54 gold, 55 silver and 112 bronze medals

Related