HEADLINES

Misteri kehilangan Nadia Kesuma: Beg ada, dia tiada

Bagasi tangan ditemui di lapangan terbang Jeddah, namun keberadaannya terus jadi tanda tanya

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kehilangan pelakon Syaitan Munafik, Nadia Kesuma, terus menimbulkan tanda tanya apabila bagasi tangan miliknya ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah, mengakui penemuan beg itu menambah kebimbangan kerana Nadia sepatutnya membawa sendiri bagasi berkenaan sebagai hand carry ketika transit sebelum meneruskan penerbangan ke London.

“Saya difahamkan sekarang ni kita dah jumpa beg dia, ‘hand luggage’ dah jumpa, jumpa di lapangan terbang Jeddah. Beg ada, tapi dia tak ada. Diri dia tak ada. Difahamkan, beg berwarna merah itu ditemui malam tadi oleh pihak berkaitan di sana (Jeddah),” katanya memetik BH.

Menurut Anne, Nadia tiba di Jeddah sekitar jam 6 pagi dan dijadualkan menaiki penerbangan ke London dua jam kemudian. Tempoh transit itu biasanya memberi ruang kepada penumpang untuk makan atau menunaikan solat sebelum kembali ke pintu pelepasan.

Namun, ketika pemeriksaan dilakukan oleh agensi pelancongan, Nadia didapati tidak muncul di pintu pelepasan walaupun pengumuman dibuat berulang kali.

“‘Travel agent’ periksa dia tak ada… mencari dan buat pengumuman di lapangan terbang itu beberapa kali, memang dia tak ada,” jelas Anne.

Anne menambah, kali terakhir Nadia berhubung adalah pada pagi kejadian untuk memaklumkan ketibaannya di Jeddah. Selepas itu, tiada lagi komunikasi.

Beliau menjelaskan, laporan polis hanya boleh dibuat selepas tempoh 24 jam, menyebabkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak dapat dilakukan lebih awal.

“Selagi tak ada laporan polis, kita tak boleh minta pihak lapangan terbang Jeddah buka CCTV. Kena ada laporan polis baru mereka boleh periksa CCTV untuk kesan dia di mana,” katanya.

Ketika ini, laporan polis sedang diusahakan dan akan diserahkan kepada Wisma Putra bagi tindakan lanjut bersama Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

“Sebaik sahaja kita dapat laporan polis, kita akan hantar ke Wisma Putra untuk mereka bertindak,” ujar Anne lagi.

Walaupun bagasi tangan Nadia ditemui, misteri kehilangan dirinya masih belum terjawab. Semalam, media melaporkan Nadia gagal dikesan selepas tiba di Jeddah.

Anne turut mengesahkan Nadia melakukan perjalanan seorang diri dan tidak menolak kemungkinan sesuatu yang tidak dijangka berlaku sejurus selepas ketibaannya.

Lebih merisaukan, sebelum hilang Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya bahawa dia bertemu seseorang yang tidak dikenali. Selepas itu, kedua-dua telefon bimbitnya hanya menunjukkan mesej dihantar tetapi tiada sebarang respon. – 16 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related