◉ HEADLINES

Kehilangan Nadia Kesuma sudah dilapor kepada polis Arab Saudi

Suami rayu tindakan segera, bagasi dan telefon ditinggalkan di lapangan terbang

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kehilangan pelakon Nadia Kesuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis lalu telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman, berkata laporan mengenai kehilangan itu telah dibuat. “Kita sedang tunggu hasil penyiasatan (daripada pihak polis Arab Saudi),” katanya lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP M. Ravi, memaklumkan laporan kehilangan tersebut kini dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi.

Beliau berkata laporan polis yang dibuat keluarga di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA semalam diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

Media melaporkan Nadia, pelakon filem Syaitan Munafik, gagal dikesan selepas penerbangannya ke London transit di Jeddah.

Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Setiausaha Agung Hafiz Nafiah berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi tindakan segera.

Sementara itu, suami Nadia, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, merayu kerajaan Malaysia campur tangan. “Saya cuma mahu dia pulang ke rumah dengan selamat dan setiap minit sangat bermakna buat kami,” katanya.

Beliau menegaskan masa amat kritikal. “Mungkin apa yang saya lakukan mengambil masa dua, tiga hari, tetapi jika kerajaan Malaysia dapat menghubungi rakan sejawat di Arab Saudi, mungkin hanya mengambil masa beberapa minit.”

Dr Muhammad Kamarul berkata laporan kehilangan isterinya telah dibuat kepada Wisma Putra, manakala Konsulat Malaysia di Jeddah sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, menyertai pakej Umrah–London–Paris bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari KLIA pada 1.48 pagi, Selasa lalu.

Komunikasi terakhir ialah gambar tempat duduk dalam pesawat serta mesej ketibaan di Jeddah.

“Selepas itu, pihak agensi memaklumkan Nadia tidak menaiki penerbangan sambungan ke London… panggilan dan mesej tidak dijawab walaupun telefon masih aktif.

“Dia tidak pernah berpisah dengan telefonnya, jadi saya pelik apabila dimaklumkan dia keluar tanpa telefon. Malah, kedua-dua beg daftar masuknya juga tidak dituntut dari tali sawat bagasi,” katanya. – 17 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related