HEADLINES

Bocor maklumat perjawatan ATM: Polis panggil beberapa pegawai beri keterangan

Menteri Pertahanan merujuk kepada penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai tentera dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia susulan laporan polis dibuat Kementerian Pertahanan (Mindef) berhubung kebocoran maklumat itu pada minggu lepas.

“Polis telah memanggil beberapa pegawai dan sehingga kini, saya percaya polis masih lagi melakukan siasatan. Saya percaya bila siasatan selesai, tentu akan ada tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Terendak di Sungai Udang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Mindef Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.

Mohamed Khaled bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pegawai tentera yang dipanggil memberi keterangan kepada polis setakat ini.

Sebelum ini, MINDEF memaklumkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat sulit berhubung urusan perjawatan strategik ATM di media sosial.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata Mindef akan berunding dengan kerajaan berkaitan mana-mana perolehan yang boleh menjejaskan operasi ATM jika dibekukan, termasuk perolehan berkaitan kesejahteraan pegawai, anggota dan ahli keluarga mereka.

“Mana-mana yang kita rasa boleh menjejaskan operasi, seperti diucapkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kementerian boleh kemukakan untuk kita runding supaya perolehan itu boleh dijalankan.

“Kita percaya perkara yang melibatkan soal kesejahteraan, beberapa (perolehan) wajar untuk diteruskan,” katanya. – 26 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related