HEADLINES

RM30 juta Dana Inovasi Media bukan untuk puji kerajaan: Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi menegaskan dana inovasi ini bebas syarat politik dan bertujuan memperkasa media tempatan yang berdepan cabaran dominasi Google dan Meta

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dana Inovasi Media bernilai RM30 juta tidak akan menjejaskan kebebasan media, sebaliknya memperkukuh ketahanan industri tempatan dalam menghadapi cabaran ekosistem digital, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau menjelaskan dana itu diwujudkan untuk membantu organisasi media melaksanakan transformasi digital, susulan perubahan besar dalam landskap pengiklanan yang kini banyak beralih ke platform global seperti Google dan Meta, sekali gus menekan pendapatan media tradisional.

Nie Ching menegaskan tujuan dana bukanlah untuk memastikan media memuji kerajaan, tetapi bagi menjamin media tempatan kekal relevan dan mampu bersaing secara sihat dalam era digital.

“Dana ini tidak disertakan dengan syarat yang menjejaskan prinsip kewartawanan… seperti perlu memuji kerajaan sahaja. Saya mengikuti media tempatan dan mereka sangat kritikal terhadap apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Mereka tidak hanya puji-puji kerajaan semata-mata tetapi juga kritikal,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab kebimbangan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN–Alor Setar) mengenai kemungkinan penerima Dana Inovasi Media terikat dengan syarat yang menjejaskan kebebasan media, Nie Ching menegaskan prinsip kewartawanan tidak akan dikompromi.

Beliau menjelaskan, bagi memastikan ketelusan agihan dana, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi. Jawatankuasa itu turut dianggotai wakil Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta agensi berkaitan.

Menurutnya , hari ini merupakan sesi pertama pembentangan atau pitching oleh pemohon dana, dengan 10 organisasi media dijadualkan tampil, manakala 29 lagi akan dipanggil dalam sesi seterusnya.

“Jawatankuasa ini akan membuat penilaian dan menentukan sama ada permohonan diluluskan serta jumlah dana yang sesuai untuk diberikan,” katanya.

Beliau menambah, Dana Inovasi Media menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan, terbuka kepada organisasi media tempatan yang berdaftar secara sah dan memenuhi syarat kelayakan termasuk pendaftaran dengan JAPEN.

Nie Ching menekankan bahawa pemberian dana ini bukan sahaja membantu organisasi media menyesuaikan diri dengan teknologi terkini, tetapi juga mewujudkan ekosistem media yang lebih sihat, mampan dan berdaya saing – tanpa menjejaskan kualiti serta kebebasan laporan berita. – 5 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

AFC: Australia, South Korea, Kuwait in the running for 2035 Asian Cup

The governing body will review bids for both the 2031 and 2035 Asian Cups, with decisions expected at its annual congress later this year

Reconciliation talks between Malay and Indian NGOs showcase Malaysia’s unity: Ramanan

Human Resources Minister praises interfaith dialogue as a testament to the country’s maturity in rejecting provocation

Dr Mahathir pays respects to Pak Lah, praises him for peaceful resignation

Tun Abdullah Ahmad Badawi was a gracious leader who set a good example for leadership transition, says his predecessor

Related