HEADLINES

Setiausaha NGO direman kes seleweng dana RM4.2 juta: SPRM

Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana badan berkenaan berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga 7 Februari 2026 selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan pada kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.

“Suspek dipercayai telah melulus dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua buah syarikat lain bagi tujuan pelaburan di mana individu-individu di dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat tersebut,” katanya.

Jelas sumber itu lagi, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam, memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan misi kemanusiaan di Gaza.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 5 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related