HEADLINES

Kemelut Bersatu: 14 Ketua Bersatu Johor isytihar hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin

Ia berikutan kegagalan Muhyiddin menguruskan krisis dalaman parti serta dakwaan penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 ketua bahagian Bersatu Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan menguruskan krisis dalaman parti.

Menurut ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Musa Khamis ia juga susulan dakwaan penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama.

Musa berkata, tindakan Lembaga Disiplin parti terhadap Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin selain beberapa ketua bahagian dan wakil rakyat yang menyokong beliau, dilihat lebih bersifat melindungi kedudukan presiden berbanding menjaga kepentingan parti.

“Tindakan disiplin ini memberi gambaran seolah-olah digunakan sebagai alat untuk mengekalkan kuasa presiden, bukan untuk memperkukuh parti atau menyelesaikan perbezaan secara demokratik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkara ini, katanya, telah menjejaskan imej Bersatu di mata rakyat serta menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan ahli akar umbi selain berpotensi meretakkan hubungan strategik Bersatu dengan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata sudah sampai masanya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan untuk berundur daripada jawatan Presiden Bersatu.

Menurut Ronald, ini kerana Muhyiddin jelas gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga ia dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

Sementara Hamzah pula didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin.

Hamzah dijangka dipanggil memberikan keterangan pada Khamis ini di Ibu Pejabat Bersatu. – 10 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related