HEADLINES

Bekas Setiausaha Politik, isteri ditahan SPRM disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta

Pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

SPRM menerusi TikTok rasminya memaklumkan, suspek yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan isteri ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

“Pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu akan dbawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. – 11 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related