HEADLINES

MCMC mula rundingan awam bagi instrumen di bawah ONSA

Kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan

9:13 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan rundingan itu termasuklah draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

“Kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

“Kerangka kawal selia dan draf kod ini menetapkan keperluan yang jelas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengambil langkah munasabah dan berkesan bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal,” menurut MCMC.

Melalui Rundingan Awam itu, MCMC membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat, termasuk mendapatkan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian.

“Orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil serta pihak berkepentingan dialu-alukan untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas,” menurut kenyataan itu.

MCMC mengundang orang awam untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada MCMC, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk elektronik, selewat-lewatnya pada 5 petang, 13 Mac ini.

Menurut MCMC, maklumat lanjut kepada dokumen rundingan awam mengenai cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian boleh didapati dengan melayari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-consultation-on-the-online-safety-plan.

Draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak pula boleh didapati menerusi https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-consultation-on-the-codes-of-the-duties-und. – 12 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related