HEADLINES

Dakwaan video ‘mafia korporat’ dikaitkan SPRM: Puad gesa siasatan segera dijalankan

Tidak guna SPRM dilihat tegas jika ada pegawai tinggi tentera didakwa dan pemimpin politik ditangkap tetapi dalam SPRM ada mafia, kata Puad

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menggesa siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan dalam video ‘Mafia Korporat’ yang menjejaskan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Puad, pembersihan sepenuhnya terhadap SPRM perlu dilakukan dan sebaliknya jika ia merupakan cerita palsu maka tindakan undang-undang perlu diambil.

“Amat merunsingkan jika ia benar. Takut ia sudah berakar umbi dan sukar untuk dipulihkan.

“Tidak guna SPRM dilihat tegas. Ada pegawai tinggi tentera didakwa dan pemimpin politik ditangkap. Tetapi di dalam SPRM ada mafia. Rakyat perlu diberi penjelasan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Bloomberg mendakwa unit pembanterasan rasuah itu terlibat dalam rangkaian yang didakwa sebagai ‘mafia korporat’ yang dikatakan bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk mengambil alih kawalan syarikat milik tempatan.

Menurut Puad, tidak guna jika SPRM dilihat tegas sekiranya di dalamnya ada mafia.

“Ada pegawai tinggi tentera didakwa dan pemimpin politik ditangkap. Tetapi di dalam SPRM ada mafia. Rakyat perlu diberi penjelasan.

“Isunya reform terhadap SPRM. Siapa polis terhadap SPRM? Jawatankuasa aduan SPRM macam tidak ada kuasa menyiasat salah laku jenayah pegawai SPRM. Perlu ada satu unit khas di mana orang ramai boleh membuat aduan terhadap salah laku pegawai SPRM,’’ katanya.

Terdahulu, Azam Baki telah menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan berhubung isu pemilika saham yang dikaitkan dengan beliau.

Azam, dalam satu kenyataan menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan selain memaklumkan bahawa semua pengisytiharan kewangan serta harta miliknya telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam melalui saluran rasmi, seperti yang diwajibkan kepada penjawat awam. – 13 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related