HEADLINES

Khlir sahkan antara 16 MP sokong Muhyiddin berundur ‘bukan benci tapi mahu pastikan Bersatu tidak hancur

Khlir berkata jasa Muhyiddin dalam parti sangat besar bagaimanapun jika beliau tidak berundur, dikhuatiri Bersatu akan berpecah

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mengesahkan beliau merupakan antara 16 Ahli Parlimen Bersatu yang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Bersatu.

Menurutnya, tindakan berkenaan diambil mereka bukan kerana benci kepada Muhyiddin sebaliknya mahu memastikan Bersatu tidak hancur.

Sambil mengakui jasa Muhyiddin dalam parti sangat besar Khlir bagaimanapun berkata jika beliau tidak berundur, dikhuatiri Bersatu akan berpecah.

“Kami berharap beliau berundur secara terhormat selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN),’’ katanya, dipetik dari Sinar Harian.

Terdahulu, 16 Ahli Parlimen Bersatu menyokong gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee supaya Muhyiddin berundur sebagai presiden parti berkenaan.

Gesaan oleh Ronald itu dibuat susulan selepas Muhyiddin dikatakan gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga ia dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

Lebih malang, kata Ronald, Muhyiddin dilihat menggunakan seluruh baki kekuatan yang ada semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden demi memenuhi agenda peribadi untuk kembali menjadi Perdana Menteri, termasuk menghalang laluan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada memimpin Bersatu pada masa hadapan.

Selain Khlir, 15 Ahli Parlimen Bersatu yang lain ialah Zikri Hassan (Kangar), Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Roslan Hashim (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hassan (Padang Rengas).

Lain-lain ialah Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Kalam Salan (Sabak Bernam), Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar) serta Islahuddin Abas (Mersing).

Kenyataan bersama Ahli Parlimen terbabit dikongsi dalam Facebook Wan Saiful, yang dipecat dari Bersatu. – 13 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related