HEADLINES

Dua pensyarah UiTM cedera, kereta ditimpa pokok tumbang

Kedua-dua pensyarah tersebut berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan mereka kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang, di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, di Shah Alam hari ini.

Mereka dikenali sebagai Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam

Menurut Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), maklumat awal yang diterima pada 2.20 petang tadi ialah kedua-dua pensyarah tersebut berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan.

“Mereka kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,’’ katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.11 tengah hari.

“Sepasukan 12 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian selepas lima minit panggilan diterima.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Al Mujid Ali Baba mendapati terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta MPV Mitsubishi Xpander,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Mukhlis, kedua-dua mangsa tersepit dan mereka berjaya dikeluarkan  daripada kenderaan terbabit kira-kira 1.15 tengah hari.

“Seorang mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala manakala seorang wanita lagi berumur 41 tahun cedera di bahagian pinggang.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ditanya sama ada penumpang lain di dalam kenderaan tersebut, beliau berkata, terdapat dua kanak-kanak di bawah umur.

“Kedua-dua kanak-kanak terbabit dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya lagi. – 16 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related