HEADLINES

Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu

Arahan Pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi Malaya itu dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 3/2026 yang ditandatangani Hakim Besar Malaya, Datuk Hashim Hamzah, dan disiarkan di laman sesawang Badan Peguam Malaysia

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin akan mengetuai Mahkamah Tinggi Khas Rasuah Kuala Lumpur yang baharu ditubuhkan, berkuatkuasa 1 April ini.

Arahan Pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi Malaya tersebut dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 3/2026 yang disiarkan di laman sesawang Badan Peguam Malaysia.

Pekeliling itu ditandatangi Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah.

Mahkamah Tinggi Rasuah Khas ditubuhkan awal tahun lalu bagi mendengar kes rasuah serta rayuan daripada Mahkamah Sesyen Rasuah Khas.

Menurut arahan pertukaran itu, ia turut memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Aslam Zainuddin akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Noor Hisham Ismail akan menggantikan beliau di Shah Alam, lapor media.

“Semua hakim perlu menyelesaikan semua kes yang sedang didengar sebelum Perintah Pertukaran ini berkuat kuasa.

“Sekiranya tidak dapat diselesaikan, senarai kes sambung bicara itu perlu dikemukakan kepada saya untuk arahan dengan menyatakan peringkat perbicaraan kes-kes itu.

“Pegawai Pengurus Pusat Tanggungjawab yang terbabit hendaklah mengemukakan Penyata Perubahan (Kew 8) berkaitan dengan Arahan Penempatan ini kepada pihak yang berkenaan,” katanya dalam pekeliling itu.

Penubuhan Mahkamah Tinggi Rasuah Khas adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu, yang meminta kerajaan untuk menyediakan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.

Baginda menegaskan mengenai keperluan melantik hakim berpengalaman dan mewujudkan laluan khas bagi memastikan ke rasuah dapat diselesaikan dengan segera.

“Kerajaan juga perlu sediakan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera,” tegas baginda. – 19 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related