HEADLINES

Bersatu Johor nafi dakwaan 11 bahagian terbubar

Datuk Dr Sahruddin Jamal anggap peletakan jawatan beramai-ramai sebagai cubaan melemahkan parti dan PN

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor semakin hangat apabila dakwaan 11 bahagian parti itu terbubar serta-merta susulan peletakan jawatan beramai-ramai semalam ditepis kepimpinan negeri.

Ketua Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, menegaskan pembubaran sesebuah bahagian hanya boleh diputuskan selepas mendapat kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Saya cukup yakin tiada mana-mana bahagian yang terbubar seperti didakwa kerana ketua bahagian tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan sesuatu bahagian itu terbubar. Zalimlah jika kami benarkan pembubaran berlaku sedangkan setiap bahagian masih ada ahli jawatankuasa serta ahli-ahli yang masih setia pada perjuangan parti,” katanya ketika dihubungi, lapor BH hari ini.

Beliau menyifatkan tindakan beberapa ketua bahagian yang meletakkan jawatan sebagai cubaan melemahkan Bersatu, sekali gus menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN).

“Sebaliknya apa yang dilakukan oleh beberapa ketua bahagian semalam adalah satu tindakan berniat jahat untuk melemahkan Bersatu, sekali gus turut menjejaskan PN,” katanya.

Jawatan akan diganti

Sahruddin berkata, semua jawatan yang dikosongkan akan digantikan dalam masa terdekat dengan ahli jawatankuasa bahagian yang lebih berkaliber dan komited terhadap perjuangan parti.

Krisis ini tercetus selepas Ketua Bahagian Pontian, Datuk Isa Abdul Hamid, mendakwa 11 bahagian Bersatu Johor dijangka terbubar berikutan peletakan jawatan besar-besaran oleh majoriti ahli jawatankuasa.

Dakwaan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan Bersatu di Johor, negeri yang dianggap penting dalam percaturan politik PN menjelang pilihan raya akan datang. – 19 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related