HEADLINES

Hamzah bakal sertai parti baharu minggu depan?

Hamzah turut dikaitkan dengan parti Berjasa namun parti itu berkata tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus diadakan

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan akan menyertai parti politik lain bersama 16 Ahli Parlimen Bersatu pada minggu depan.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan, beliau juga akan menyertai ‘rumah baharu itu’.

Tegasnya, selain wakil rakyat terlibat, platform politik baharu itu bakal disertai ketua-ketua bahagian Bersatu yang juga sudah pun menyatakan sokongan terhadap Hamzah, lapor Utusan Malaysia.

“Maklumat yang saya dapat pun begitu juga (bahawa Hamzah akan mengumumkan rumah baharu) dalam masa terdekat, Insya-Allah pada minggu depan.

“Saya pun akan sertai ‘rumah baharu’ itu bersama ahli Parlimen lain,” katanya.

Hamzah sebelum ini memutuskan tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya daripada Bersatu selepas mengambil kira faktor perjuangan memerlukan pengorbanan.

Selain beliau, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut menarik balik rayuan mereka kepada Lembaga Disipilin parti.

Sebelum ini timbul ura-ura bahawa Hamzah berpotensi mengambil alih Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) sebagai wadah politik baharu susulan pemecatannya daripada Bersatu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Penerangan Berjasa, Mohd Hamdan Mohd Sharif dan menurutnya setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus berhubung dakwaan tersebut.

Namun Mohd Hamdan menjelaskan Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu

Selain itu, ada laporan menyatakan terdapat lima parti politik menawarkan keahlian kepada bekas Timbalan Bersatu itu. – 20 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related