HEADLINES

Keletihan melampau, Steven Sim dimasukkan ke hospital

Seorang pegawai media Steven Sim berkata, keadaannya tidak serius, cuma terlalu letih

2:59 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dimasukkan ke hospital selepas mengalami keletihan melampau akibat jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sim menerusi hantaran Facebooknya berkata selepas berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina.

“Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika, I’ll be back soon, stronger! (Saya akan kembali tidak lama lagi, lebih kuat!) Jalan teruih..kebaikan akan menyusul selepas musibah,” menurut Sim di hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai medianya ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihak mereka hanya dimaklumkan mengenai keadaan Sim selepas menteri berkenaan dimasukkan ke hospital.

Beliau yang enggan namanya ditulis berkata setakat ini keluarga Sim tidak mendedahkan secara terperinci punca menteri itu dimasukkan ke hospital namun dipercayai kemungkinan berpunca daripada keletihan melampau.

“Keadaan beliau tidak serius cuma terlalu letih,” katanya dan menambah pihak keluarga mahu Sim diberi ruang untuk berehat sepenuhnya. – 20 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related