HEADLINES

Sindiket penyeludupan tidak puas hati mungkin motif Komander AKPS ditembak

Rampasan besar beras dan daging khinzir di sempadan mungkin mencetuskan ketidakpuasan hati sindiket, selepas kenderaan pegawai kanan AKPS ditembak ketika menuju ke masjid

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukit Kayu Hitam gempar apabila kenderaan dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, ditembak dalam satu insiden awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, mengesahkan Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, yang berlaku hanya satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

“Mangsa sedang menghala ke Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam menaiki motosikal dengan topi keledar full-face.

Seorang daripada suspek melepaskan dua tembakan yang terkena pintu di bahagian kanan belakang kenderaan dan pintu sebelah penumpang hadapan, namun tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya pada sidang media hari ini.

Selepas ditembak, Mohd Nasaruddin yang memandu seorang diri cuba mengejar suspek sejauh kira-kira satu kilometer, namun mereka berjaya meloloskan diri ke kawasan perindustrian berhampiran. Beliau kemudian memandu kenderaan Proton X70 ke Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) untuk membuat laporan.

Adzli berkata siasatan akan dijalankan dari semua sudut, termasuk kemungkinan serangan itu berpunca daripada ketidakpuasan hati sindiket penyeludupan di sempadan.

“Ini mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati sindiket-sindiket. Pihak polis juga banyak menangkap penyeludup dan migran yang berpusat di sini dan mangsa bertanggungjawab atas penugasan di kompleks ini (ICQS Bukit Kayu Hitam),” katanya.

Beliau turut mendedahkan AKPS Bukit Kayu Hitam merekodkan banyak kejayaan rampasan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, termasuk rampasan 100 tan beras dan daging khinzir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang.

Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan kejadian pegawainya diserang dua lelaki dan memaklumkan beliau kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian. – 25 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related