HEADLINES

Pertukaran Wan Shaharuddin ke AGC tidak jejas tugas di SPRM, amalan biasa : Peguam Negara

Wan Shaharuddin pernah berkhidmat di SPRM pada 2019 dan mengendalikan kes berprofil tinggi antaranya kes penyelewengan dana Armada libatkan Syed Saddiq, kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang babitkan Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa Muhyiddin Yassin

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pertukaran Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ke Jabatan Peguam Negara tidak akan menjejaskan kes yang dikendalikannya ketika berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Wan Shaharuddin, yang merupakan Pengarah Perundangan dan Pendakwaan SPRM telah ditukarkan ke jawatan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC berkuat kuasa 2 Mac ini.

Mohd Dusuki memberitahu, Wan Shaharuddin masih berupaya meneruskan tanggungjawab terhadap kes berkepentingan, di samping diberi peluang mengendalikan kes rayuan pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi.

“Saya menegaskan bahawa pertukaran pegawai ialah perkara biasa dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, dan dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan pengalaman, kesinambungan kepimpinan, serta pengukuhan kapasiti organisasi,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Dusuki berkata, semua pihak diseru melihat pertukaran itu sebagai langkah positif dalam memperkukuh peranan AGC dan memastikan pentadbiran keadilan negara terus berada pada tahap optimum.

Jelas beliau, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan ialah satu daripada bahagian utama di AGC yang memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pendakwaan dan kelancaran proses rayuan di mahkamah atasan.

Penempatan Wan Shaharuddin di bahagian itu, katanya, diyakini sesuai dengan kepakaran yang dimiliki, sekali gus membolehkan beliau terus menyumbang secara langsung kepada pengendalian kes rayuan yang lebih kompleks dan berprofil tinggi.

Mohd Dusuki berkata pertukaran itu merupakan sebahagian daripada amalan biasa dalam Perkhidmatan Awam yang menekankan prinsip pusingan kerja, pembangunan kerjaya dan pendedahan kepada bidang tugas yang pelbagai.

“Lazimnya, tempoh pusingan kerja bagi Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah antara tiga hingga lima tahun.

“Datuk Wan Shaharuddin telah berkhidmat selama lebih enam tahun di SPRM dan pertukaran ini sejajar dengan amalan tersebut serta memberikan peluang kepada beliau untuk memperluas pengalaman dalam bidang perbicaraan dan rayuan,” katanya.

Wan Shaharuddin yang berkhidmat di SPRM pada 2019, telah mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi antaranya kes penyelewengan dana Armada membabitkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – 25 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related