HEADLINES

Asyraf Wajdi dukacita tragedi kebakaran di Raub, salah seorang mangsa adalah pelajar cemerlang Mara

Salah seorang daripada lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, merupakan pelajar cemerlang MARA daripada keluarga kurang berkemampuan yang sedang menunggu keputusan SPM.

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran yang mengorbankan lima nyawa di Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang, adalah pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pelajar tersebut, Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi juga adalah pelajar cemerlang daripada keluarga yang susah dan dimasukkan ke dalam bantuan Budi Mara.

Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf berkata beliau amat terkesan dan dukacita dengan insiden yang menyayat hati itu.

“Lebih menyentuh hati, kakaknya terselamat kerana sedang menuntut di matrikulasi, manakala adiknya tidak berada di rumah kerana menetap di asrama SMK Dong.

“Pastinya ujian ini terlalu berat untuk dipikul, kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, apatah lagi melibatkan hampir seluruh ahli keluarga,’’ katanya.

Beliau turut memaklumkan MARA akan menghulurkan bantuan sewajarnya serta memastikan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan terus diberi perhatian serta sokongan yang diperlukan dalam tempoh sukar ini.

Dalam kejadian pada jam 3.55 pagi tadi, lima sekeluarga iaitu suami isteri dan tiga anak perempuan mereka maut selepas rumah mereka terbakar.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim, bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain turut melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal. – 26 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

MACC intensifies probe into international law firm over alleged RM4.08 billion 1MDB-linked fund diversion

This as the authorities widen asset recovery efforts involving cross-border financial transactions

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

Related