HEADLINES

Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol tidak mengaku salah dakwaan cederakan isteri

Pemegang portfolio Agrokultur Pulau Pinang itu mohon dibicarakan atas tuduhan mencederakan isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar, dalam satu kejadian di Bayan Lepas pada 22 Februari lalu

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang, Fahmi Zainol, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan isterinya dalam satu insiden keganasan rumah tangga, minggu lalu.

Fahmi, 34, yang juga Adun Pantai Jerejak daripada PKR, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut kertas pertuduhan, Fahmi sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar di kediaman mereka di Bayan Lepas, jam 10 pagi, 22 Februari 2026.

Beliau dibicarakan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A (kecederaan terhadap pasangan) dan jika sabit kesalahan berdepan hukuman penjara dua tahun, denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Fahmi Zainol merupakan figura muda penting dalam pentadbiran Ketua Menteri Chow Kon Yeow, memegang portfolio Agrokultur, Industri Makanan, dan Pembangunan Luar Bandar.

Beliau yang juga bekas aktivis mahasiswa UM mula mendapat tempat dalam barisan kepimpinan negeri selepas memenangi kerusi DUN Pantai Jerejak pada PRN lalu.

Pendakwaan terhadap seorang anggota kanan kerajaan negeri ini dijangka akan memberi tekanan politik kepada pimpinan PKR dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kedudukan jawatan eksekutif beliau sepanjang proses perbicaraan berlangsung. – 27 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related