HEADLINES

Warga emas didakwa kes letupan IED Nilai disahkan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Nilai memaklumkan tertuduh Yeoh Hock Sun, 63, meninggal dunia pada 8.18 malam akibat ‘refrectory shock’, selepas sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan berkaitan letupan

10:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Warga emas yang didakwa terbabit dalam kes letupan IED di Desa Palma, Nilai, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam tadi, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Johari Yahya, berkata pihaknya menerima maklumat daripada anggota pengiring Penjara Kajang mengenai kematian warga emas Yeoh Hock Sun, 63, kira-kira jam 8.30 malam.

“Punca kematian lelaki pada 8.18 malam itu akibat ‘refrectory shock’, iaitu keadaan renjatan yang tidak memberi tindak balas walaupun rawatan standard diberikan secara optimum,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada 22 Disember tahun lalu, polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan awam mengenai objek meletup di kawasan perumahan Desa Palma. Insiden itu turut menemui objek disyaki IED serta paku bertaburan di lokasi.

Yeoh kemudian didakwa atas lima pertuduhan berkaitan kes IED tersebut. Beliau mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan dilakukan di Hospital Tuanku Ja’afar pada Januari lalu kerana sedang menerima rawatan, sebelum dipindahkan ke HKL akibat keadaan kritikal. – 28 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related