HEADLINES

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

10:46 AM MYT

 

TEHRAN — Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, disahkan terbunuh susulan serangan oleh rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Beliau telah syahid susulan serangan pada awal pagi Sabtu, kata agensi berita itu.

Turut dilaporkan terkorban adalah anak perempuan, menantu lelaki serta cucu perempuan kepada Pemimpin Tertinggi terbabit.

“Selepas menghubungi sumber yang berwibawa dalam kalangan keluarga Pemimpin Tertinggi, berita mengenai kesyahidan anak perempuan, menantu dan cucu Pemimpin Revolusi malangnya telah disahkan,” lapor agensi berita Fars serta beberapa media Iran lain.

Agensi itu turut melaporkan bahawa seorang daripada menantu perempuan pemimpin agung berkenaan terbunuh dalam serangan pada pagi Sabtu.

Bagaimanapun ia tidak memberikan butiran mengenai keadaan serangan tersebut.

Sementara itu, Presiden Donald Trump, berkata AS bekerjasama rapat dengan Israel untuk menyasarkan pemimpin yang memimpin Iran sejak 1989 itu.

Trump menulis dalam catatan di rangkaian Truth Social bahawa sistem risikan dan pengesanan memantau pergerakan Khamenei, sambil menambah: “Tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau, atau pemimpin lain yang terbunuh bersamanya”

Menurut sumber, Menteri Pertahanan Iran, Amir Nasirzadeh, dan Komander Pengawal Revolusi, Mohammed Pakpour, antara mereka yang terbunuh dalam serangan itu. – 1 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related