◉ HEADLINES

Saya nak Anwar jadi PM lebih lama sebab dia bagus: MP Bukit Gantang perjelas kenapa tidak undi

Syed Abu Hussin berkata beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja lebih lama, bukan setakat dua penggal sahaja

8:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bebas dari Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengakui beliau tidak mengundi dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja lebih lama, bukan setakat dua penggal sahaja.

Jelasnya, proses tapisan sudah diadakan pada peringkat pemilihan parti dan pilihan raya umum (PRU), justeru kenapa perlu dihadkan jawatan Perdana Menteri.

“Saya tidak setuju kerana kalau bagus, biarlah orang itu berkhidmat lebih lama lagi. Tempoh 10 tahun terlalu singkat, mungkin boleh 15 tahun.

“Saya adalah Ahli Parlimen Bebas dan penyokong PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya nak dia jadi Perdana Menteri lama sebab dia bagus,’’ katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Syed Abu Hussin memberitahu, beliau hadir ke sidang Dewan Rakyat hari ini namun tidak mengundi dan beredar pada jam 3 petang.

“Saya tidak setuju kerana kalau bagus, biarlah orang itu berkhidmat lebih lama lagi,’’ katanya.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata keputusan undi belah bahagian menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

Pada 2024, Syed Abu Hussin yang sebelum itu bertanding pilihan raya atas tiket Perikatan Nasional (PN) telah dipecat daripada keahlian Bersatu selepas namanya telah dikeluarkan daripada sistem keahlian parti.

Beliau dipecat kerana mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 2 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related