◉ HEADLINES

Bekas menteri sudah beri keterangan siasatan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion: Azam

Dokumen-dokumen penting telah diperolehi agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang berkaitan

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri merupakan antara 12 individu yang telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan ke atas dakwaan penyelewengan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya telah memanggil individu daripada beberapa agensi kerajaan serta Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dan turut mendapatkan beberapa dokumen berkaitan.

Tambahnya, seorang individu yang kini berada di luar negara, dikategorikan sebagai dikehendaki dalam siasatan kes berkenaan.

Individu terbabit, ujar beliau kini dipercayai berada di United Kingdom.

“Kita telah keluarkan maklumat kepada media untuk beliau segerakan balik ke Malaysia untuk dirakam percakapan. Setakat ini, belum ada maklum balas daripada beliau.

“Saya tidak mahu sebut (nama bekas menteri). Ada daripada bekas menteri yang telah dipanggil untuk memberi keterangan,’’ katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Pada 12 Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.

Laporan tersebut diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berdasar laporan itu, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara terbabit.

Sementara itu, Azam memberitahu, siasatan dijalankan berdasarkan aduan diterima SPRM dengan tumpuan terhadap kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa, penipuan serta isu tadbir urus dalam pelaksanaan projek berkenaan.

“Dokumen-dokumen penting telah kita dapati daripada agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang berkaitan.

“Kita juga melihat kepada pembentangan Kertas Kabinet (dalam kes itu) dan saksi-saksi yang lain sedang kita panggil,’’ katanya.

Azam turut menyeru semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan SPRM dan memberi jaminan setiap proses akan dijalankan secara telus dan adil. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related