HEADLINES

SPRM buka tiga kertas siasatan berhubung isu IJM Corporation

'Ada satu tambahan siasatan melibatkan isu tip atas saham oleh Sunway. Ini juga adalah satu siasatan tambahan yang dijalankan oleh pihak SPRM,' kata Azam

4:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tiga kertas siasatan berhubung beberapa isu melibatkan IJM Corporation Bhd, termasuk transaksi kewangan dan pelaburan di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO UK) dalam aspek perkongsian maklumat dan siasatan sedang berjalan di semua peringkat setakat ini.

Beliau berkata siasatan SPRM turut menjurus kepada kes pemberian rasuah melibatkan satu projek dan pengerusi berkenaan telah dipanggil untuk membantu siasatan baru-baru ini.

“Ada satu tambahan siasatan melibatkan isu tip atas saham oleh Sunway. Ini juga adalah satu siasatan tambahan yang dijalankan oleh pihak SPRM.

“Kami juga sedang melihat apakah ada isu rasuah, salah guna kuasa dan juga isu tatakelola dalam hal ini… menjadikan tiga kertas siasatan telah dibuka setakat ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang eksekutif pengurusan tertinggi IJM Corporation Bhd berusia 70-an ditahan untuk membantu siasatan SPRM berhubung isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset di luar negara dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Pada 19 Jan lepas, Bahagian Operasi Khas (BOK) menjalankan siasatan terhadap suspek, yang kemudiannya SPRM membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat berkaitan membabitkan jumlah kira-kira RM30.6 juta.

Sementara itu, Azam berkata kertas siasatan mengenai kes Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan pertuduhan terhadap Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah serta seorang bekas pegawai kanan jabatan itu.

“Keputusan (pertuduhan) akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.

SPRM sebelum ini dilaporkan telah menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-sisa). – 4 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related