HEADLINES

Dakwaan cuba guling kerajaan: Na’imah, anak-anak saman PM, KPN dan kerajaan

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi mencabar siasatan bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, bersama dua anaknya dan peguam keluarga, hari ini memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Kerajaan Malaysia, mencabar siasatan berkaitan dakwaan menggulingkan kerajaan.

Plaintif terdiri daripada Na’imah; dua anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin; serta peguam keluarga, Amir Zharif Abdullah dan Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.

Melalui saman itu, mereka memohon perisytiharan bahawa siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, susulan laporan polis bertarikh 26 Februari, adalah menyalahi undang-undang, tidak berasas, tidak berperlembagaan, berniat jahat dan merupakan penyalahgunaan kuasa statutori.

Plaintif turut menegaskan Seksyen 124B yang melarang “aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen” adalah samar-samar, terlalu luas dan tidak seimbang, sekali gus bercanggah dengan Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 10 (kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah interim bagi menghalang KPN dan kerajaan daripada menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk memudah cara siasatan bawah Seksyen 124B sehingga isu perlembagaan diputuskan.

Peguam plaintif, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, dalam kenyataan menegaskan saman itu difailkan demi kepentingan awam:

“Ia untuk mencabar penyalahgunaan kuasa dan menghentikan dakwaan palsu mengenai kononnya wujud ‘komplot Zionis’ bagi menjatuhkan kerajaan.”

Sebelum ini, Mohd Khalid mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj terhadap kestabilan negara, membabitkan seorang individu tempatan berpengaruh yang didakwa ada kaitan dengan agensi media antarabangsa.

Na’imah pula menolak keras tuduhan terhadapnya:

“Dakwaan bahawa saya cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan adalah tidak masuk akal,” katanya.

“Saya tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian,” tegasnya. – 6 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related