HEADLINES

MCMC akan dapatkan maklumat PDRM berhubung kes remaja terlibat aktiviti keganasan

Langkah itu penting bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat isu melibatkan aplikasi tertentu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan platform berkenaan

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penahanan enam remaja yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil  berkata langkah itu penting bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat isu melibatkan aplikasi tertentu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan platform berkenaan.

“Perkara ini bagi saya agak merisaukan… antara hasil siasatan setakat ini menunjukkan ada dalam kalangan mereka menjadi berminat kepada gerakan ekstremis melalui permainan seperti Roblox dan juga kandungan yang mungkin ditonton sama ada di media sosial atau platform penstriman.

“Dalam masa terdekat, saya akan minta MCMC untuk berhubung dengan Bukit Aman bagi mendapat maklumat terperinci tentang langkah yang mungkin perlu kami bantu untuk pastikan sekiranya ada isu melibatkan aplikasi tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Sumbangan Aidilfitri Bersama Tenaga Nasional Bhd di sini malam ini.

 Beliau berkata maklumat itu akan membolehkan kementerian memanggil pengusaha atau penyedia perkhidmatan aplikasi terlibat untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan atau tindakan lanjut.

Terdahulu, PDRM melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi Daesh di Malaysia melalui penahanan enam remaja termasuk tiga di bawah umur dalam operasi yang dilaksanakan oleh Cawangan Khas selama dua hari bermula 14 Feb lepas di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata suspek yang berumur antara 16 hingga 21 tahun itu bukan sahaja telah berbai’ah kepada pemimpin kumpulan Daesh malah aktif memberi sokongan, merekrut ahli baharu dan memiliki bahan propaganda kumpulan pengganas tersebut. – 7 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related