HEADLINES

Lebih RM13 bilion wang tidak dituntut setakat Januari : Akauntan Negara

Zainani turut mengingatkan orang ramai bahawa jabatan itu tidak pernah melantik ejen atau wakil pihak ketiga untuk menuntut wang tersebut bagi pihak pemilik

6:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Januari lepas, kata Akauntan Negara Datuk Zainani Jusoh.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, RM7 bilion masih kekal berada dalam akaun amanah tak dituntut manakala selebihnya pula telah dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan kerana tidak dituntut oleh pemilik atau waris dalam tempoh 10 tahun.

“Namun begitu, wang yang dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan akan dibayar balik sekiranya ada permohonan tuntutan daripada pemilik atau waris,” katanya, lapor Bernama.

Zainani turut mengingatkan orang ramai bahawa jabatan itu tidak pernah melantik ejen atau wakil pihak ketiga untuk menuntut wang tersebut bagi pihak pemilik.

Justeru beliau menggesa semua penuntut supaya menguruskan permohonan mereka sendiri, sama ada secara dalam talian atau dengan mengunjungi kaunter jabatan berkenaan di mana-mana pejabat Jabatan Akauntan Negara atau cawangan negeri.

Kaunter bergerak juga, katanya, yang beroperasi menggunakan bas khas sejak tahun lalu telah digerakkan bagi memudahkan orang ramai membuat semakan dan tuntutan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Selain itu, semakan boleh dibuat melalui portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/,’’ katanya. – 7 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related