◉ HEADLINES

Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran ‘Datuk’

Polis menerima laporan pada Disember tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran 'Datuk'

3:44 PM MYT

 

SEREMBAN – Pelakon wanita dan suami yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Dis tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.

“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.- 8 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related