HEADLINES

Jangan buat spekulasi tarikh Aidilfitri, tunggu pengumuman rasmi: Sultan Selangor

Baginda juga menyatakan tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli seumpamanya yang seolah-olah boleh menimbulkan kejutan kepada umat Islam

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta semua pihak supaya bersabar dan jangan mudah percaya dengan spekulasi tanpa asas mengenai penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sebaliknya titah Baginda, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri hanya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari Khamis, 19 Mac ini, setelah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, seperti mana amalan dan ketetapan yang dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.

Baginda juga menyatakan tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli seumpamanya yang seolah-olah boleh menimbulkan kejutan kepada umat Islam.

“Malaysia mempunyai kaedah penentuan awal bulan Ramadan dan Syawal yang tersendiri melalui kaedah rukyah dan hisab yang dilaksanakan secara teratur, teliti dan berpandukan kepada keputusan pihak berkuasa agama yang berwibawa.

“Kaedah ini telah sekian lama diyakini serta dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan tidak perlu dibandingkan atau dipengaruhi oleh penetapan yang dibuat oleh negara-negara lain,’’ titah Baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi yang tersebar di media sosial berhubung penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Baginda menegaskan, seperti penjelasan terbaharu Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 10 Mac lalu, permulaan awal bulan Islam adalah bergantung kepada kenampakan hilal (anak bulan) dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara.

Setiap negara, titah Baginda, mempunyai matla’ ru’yah yang berbeza.

“Khutbah Jumaat bertarikh 13 Mac 2026 turut menyatakan kaedah-kaedah penentuan awal bulan Syawal dan serahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak berautoriti,’’ tegas Baginda.

Justeru Baginda menyeru umat Islam agar tidak terlalu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai tarikh Hari Raya sehingga melalaikan daripada memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Ini kerana, titah Sultan Sharafuddin, ia merupakan tempoh yang amat berharga untuk memperbanyakkan ibadah, doa dan memohon keampunan daripada Allah. – 13 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related