HEADLINES

Usul Muhyiddin calon PM dibuat melalui ‘pintu belakang’, tidak dibincangkan MPT: Ronald

Ronald yang merupakan Naib Presiden ketika itu mengesahkan bahawa usul mengenai calon PM langsung tidak dibincangkan dalam MPT

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pencalonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri (PM) dari parti berkenaan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 dibuat melalui ‘pintu belakang’, dakwa Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Beliau yang digantung keahliannya dalam Bersatu mendakwa, usul itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan sebelum PAT.

Sebagai Naib Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu ketika itu, Ronald berkata beliau mengesahkan mengenai perkara tersebut.

“Dalam mesyuarat itu, beberapa AMPT telah membangkitkan isu Akaun Bersumpah (SD) dan persoalan berkenaan usul-usul yang akan dibawa tetapi ia dinafikan sendiri oleh Presiden dengan memberikan jaminan bahawa perkara tersebut hanya akan dibincangkan semula selepas PAT.

“Namun usul Tan Sri Muhyiddin sebagai calon tunggal Bersatu sebagai PM-11 tetap dibawa dan dibentangkan oleh Ketua Penerangan secara mengejut melalui pintu belakang dan disambut oleh para pembahas tertentu yang telah diaturkan untuk membawa naratif tersebut,’ dakwanya.

Ronald mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mempertikaikan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bahawa Muhyiddin bukan calon Perdana Menteri.

Ketika muncul dalam temu bual audio siar The Tiger Show, Ahmad Faizal dilaporkan berkata Samsuri mungkin ‘dihenjut’ sebelum menulis Muhyiddin Yassin bukan calon Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Ronald memberitahu, sikap Faizal yang tidak jujur dan penuh kepura-puraan itu, tidak mempunyai asas moral untuk memerli PAS atau Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu berhubung etika berorganisasi terutama dalam proses penentuan calon Perdana Menteri.

“Jadi, tidak perlulah dia dengan angkuh mahu mengajar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Sepatutnya dia cermin dirinya dahulu.

“Ahli-ahli Bersatu juga pastinya tidak lupa apabila dia mengeluarkan kenyataan dalam satu wawancara mendakwa Tan Sri Muhyiddin satu-satunya calon yang layak sebagai PM-11 pada 19 November 2024,’’ katanya.

Menurut Ronald, kenyataan tersebut juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MPT mahupun Biro Politik Bersatu dan ia dibuat secara semberono untuk mengampu Presiden tanpa menghiraukan perasaan rakan-rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain.

“Inilah sahaja kebolehan dan fungsi yang dia miliki sebagai Naib Presiden. Mengampu, membodek dan menjilat – yang lain tiada,’’ katanya. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related