HEADLINES

KPKM rangka strategi hadapi kesan minyak global

Mohamad Sabu tegaskan bekalan makanan asas kekal mencukupi hingga Mei, rakyat dinasihatkan elak pembelian panik

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu akan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi merangka strategi khusus menangani kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap sektor makanan negara.

Beliau berkata walaupun laluan logistik import makanan tidak terjejas secara langsung akibat konflik di Asia Barat, ketidaktentuan harga minyak dijangka memberi kesan kepada rantaian bekalan dalam beberapa bulan akan datang.

“Masalah harga minyak ini mungkin memberi kesan selepas beberapa bulan. Kita akan dengar nasihat Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk merangka strategi,” katanya pada program Langek Kacau Dodol MADANI 101 Kawah di Batu 14, malam tadi.

Beliau menjelaskan bekalan makanan asas seperti beras, ayam dan sayur-sayuran berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, dan menasihatkan rakyat agar tidak melakukan pembelian panik.

Langkah proaktif: benih tanaman dan sara diri

Mengulas persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan, Mohamad berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan benih tanaman bagi menggalakkan amalan sara diri rakyat.

“Pokok bunga boleh ditukar kepada pokok sayuran. Ini bukan panik, tetapi amalan normal untuk membantu diri sendiri dan orang lain,” katanya, merujuk kepada konsep Rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1974.

Dasar Buku Hijau ketika itu bertujuan menggalakkan pertanian jangka pendek bagi mengurangkan kebergantungan import dan menangani kenaikan harga barang. – 15 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related