HEADLINES

Isu dalaman Bersatu selesai, parti sedang susun semula kepimpinan: Tun Faisal

Tun Faisal Ismail Aziz berkata mereka yang kekal dalam Bersatu adalah mereka yang teguh berprinsip, berintegriti, berpegang kepada perlembagaan dan disiplin parti

4:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu dalaman Bersatu telah diselesaikan dan parti itu sedang menyusun semula kepimpinan di peringkat bahagian, negeri dan pusat bagi membina semula kekuatan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, mereka yang kekal dalam Bersatu adalah mereka yang teguh berprinsip, berintegriti, berpegang kepada perlembagaan dan disiplin parti.

Mereka itu, katanya, tidak mudah dibeli dan yang tidak melompat parti kerana janji jawatan dan peruntukan.

“Mereka kekal setia bersama parti dan kepimpinan sedia ada, dan tidak mungkin menyokong Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) walaupun dijanjikan habuan wang, habuan dan jawatan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz . – Gambar fail Scoop, 27 Mac, 2026

Menurut Tun Faisal, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu dan pengikutnya bukan lagi ahli Bersatu.

Justeru, ujar beliau, sepatutnya, Wan Ahmad Fayhsal memohon masuk Umno dan minta untuk bertanding mewakili Umno di Machang.

“Bagi membuktikan keikhlasan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Umno pula, apa kata Zahid dan Umno menerima Hamzah dan kesemua penyokongnya yang telah dipecat dan digantung oleh Bersatu dan memastikan mereka kekal secara automatik sebagai calon bagi kerusi Parlimen dan DUN yang disandang mereka dalam PRU16 dan PRN akan datang.

“Selain mengekalkan Hamzah sebagai calon Parlimen Larut, Zahid juga boleh menamakan Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Umno menjadi kerajaan.

“Cuma nampaknya Hamzah dan penyokongnya sudah sedar yang mereka tiada tempat dalam Umno, melainkan sebagai ahli biasa,’’ katanya.

Beliau memberitahu, tanpa jawatan di dalam Bersatu dan di mata Umno, mereka tidak lagi signifikan, tidak lagi dipandang dan tidak lagi bernilai di mata Umno. – 27 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related