HEADLINES

Tuntutan Sabah: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada Filipina

Malaysia secara konsisten menghantar nota diplomatik sedemikian setiap kali kenyataan berhubung tuntutan terhadap Sabah dibangkitkan oleh mana-mana pihak di negara berkenaan

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Filipina secepat mungkin bagi menolak sebarang tuntutan semula negara itu ke atas Sabah, seperti yang dibangkitkan senatornya, Robin Padilla, baru-baru ini.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Malaysia secara konsisten menghantar nota diplomatik sedemikian setiap kali kenyataan berhubung tuntutan terhadap Sabah dibangkitkan oleh mana-mana pihak di negara berkenaan.

Menurutnya, tuntutan terhadap Sabah bukan perkara baharu dan kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia adalah muktamad, memandangkan rakyat negeri itu telah membuat keputusan menyertai Malaysia melalui proses sah yang diperakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hal ini bukan perkara baharu (tuntutan Sabah), dah berpuluh-puluh tahun sejak dulu, inilah yang ditimbulkan untuk mengalihkan masalah dalaman negara supaya rakyat menumpukan kepada perkara lain, saya rasa rakyat Filipina pun faham, ahli politik kadang-kadang cari isu yang boleh mengalihkan pandangan rakyat.

“Tidak timbul soal Sabah masih lagi menjadi tuntutan mereka (Filipina) tetapi kalau mereka nak bangkitkan, terpulanglah. Kita bukan bantah tapi menolak terus apa jua (tuntutan) dan ia merupakan sesuatu yang tidak berasas, sebab itu kita bukan hantar nota bantahan tetapi nota menolak tuntutan itu,” katanya, lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Padilla menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah, sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Padilla dilaporkan berkata sudah tiba masanya Manila bertindak tegas bagi “menuntut hak” yang didakwanya milik Filipina, termasuk cadangan menghantar wakil rasmi ke kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tuntutan itu dibuat oleh individu tertentu dan tidak mencerminkan pendirian rasmi kerajaan Filipina, sekali gus tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Ini kerana seorang senator bercakap, kerajaan Filipina pun tak boleh buat apa-apa, macam kita juga di sini pembangkang bercakap, kita nak buat macam mana, tak banyak kita boleh lakukan… jadi pendirian Filipina dan Malaysia jelas.

“Setelah banyak percakapan dan tuntutan dibuat, tidak pernah ia mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan Filipina, tambah pula Filipina juga tahun ini adalah Pengerusi ASEAN,” katanya. – 28 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related