HEADLINES

Kerajaan kekal subsidi bahan api melalui SKPS, SKDS tampung kesan kenaikan harga minyak global: MOF

SKPS, SKDS ialah subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu bertujuan membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan antara langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan kestabilan harga barangan walaupun harga minyak global meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Facebook memberitahu, SKPS dan SKDS ialah subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu.

“Langkah ini membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil,’’ katanya.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil pendekatan berhemah demi melindungi kesejahteraan rakyat.

Kementerian berkenaan turut memuatnaik infografik yang menunjukkan harga runcit petrol bersubsidi di bawah SKPS bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.05 seliter.

Bagi SKDS pula, harga runcit diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat awam kekal pada RM1.88 seliter manakala bagi sektor pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

Sebanyak 23 jenis pengangkutan darat dan air awam serta darat barangan dilindungi melalui fleet card petrol.

Kerajaan sebelum ini mengambil beberapa langkah ketika berdepan dengan krisis global susulan konflik di Asia Barat termasuk bantuan diesel individu dipertingkatkan apabila kadar Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM300 pada bulan Mac 2026, berbanding RM200 sebulan sebelum ini.

Selain itu, pemantauan dan penguatkuasaan diperkukuh bagi memastikan bekalan bahan api kekal stabil serta membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi termasuk di kawasan sempadan.

Kawalan penjualan turut diperketatkan dengan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing manakala pembelian bahan api melebihi 20 liter di luar tangki tanpa permit khas juga tidak dibenarkan. – 29 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Will MIDA be the endgame for Malaysia’s Indian community? – Ravindran Raman Kutty

Writer dissects landmark report exposing deep-rooted structural exclusion facing the community, urging urgent reforms not just for upliftment but for national progress

Related