HEADLINES

Najib Razak diperintah bayar AS$1.3 bilion kepada SRC

Jumlah berkenaan melibatkan kerugian yang dialami SRC sebanyak AS$1.18 bilion dan AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh SRC International Sdn Bhd berjumlah AS$1.18 bilion.

Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin ketika menyampaikan penghakimannya mengarahkan Najib membayar AS$1.3 billion kepada syarikat itu kerana melanggar tanggungjawab fidusiari dan melakukan salah laku dalam jawatan awam.

Selain itu, beliau juga diarahkan memulangkan AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan AS$1.3 bilion.

Mahkamah bagaimanapun akan menentukan kos guaman pada tarikh lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz, yang kini hakim Mahkamah Rayuan berkata Najib menyalahgunakan menyalahgunakan jawatan awamnya, membolehkan SRC memperoleh pinjaman RM4 bilion daripada KWAP dengan jaminan kerajaan.

Ia memudahkan penyaluran terus RM3.6 bilion ke luar negara tanpa pengawasan yang sewajarnya sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap pengurusan kewangan.

“Tindakan ini mengakibatkan penyalahgunaan AS$1.1 bilion melalui struktur pelaburan palsu.

“Akibatnya, SRC gagal membayar balik pinjaman awam, memaksa kerajaan menyalurkan RM600 juta sebagai bantuan untuk menampung kerugian,” kata hakim, lapor Bernama.

Beliau menambah Najib tidak mengambil sebarang langkah untuk memastikan keselamatan dana tersebut dan tidak pernah mengarahkan sebarang siasatan ke atas transaksi berkenaan.

Hakim Ahmad Fairuz berkata mahkamah turut memerhatikan bahawa jika bukan kerana penyalahgunaan jawatan Najib, SRC tidak akan meminjam RM4 bilion atas alasan yang tidak layak, mengagihkan RM3.6 bilion ke luar negara melalui struktur penipuan, atau kehilangan AS$1.2 bilion dalam dana yang disalahgunakan.

“Penyalahgunaan kuasa Najib merupakan punca langsung dan berkesan kepada kerugian yang dialami SRC. Pengaturannya terhadap skim ini dari awal hingga habis menunjukkan rantaian sebab-akibat yang jelas dan lengkap, menjadikannya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang ditanggung SRC,” kata hakim itu.

Beliau seterusnya berkata bahawa SRC telah berjaya membuktikan, berdasarkan imbangan kebarangkalian, bahawa sebahagian daripada dana syarikat, iaitu AS$120 juta, telah dijejak masuk ke akaun bank Najib.

“Saksi kedua plaintif, Angela Barkhouse, seorang pakar pemulihan aset luar negara, memberi keterangan secara terperinci tentang bagaimana jumlah AS$120 juta dipindahkan daripada SRC ke SRC BVI, kemudian ke Blackstone, dan akhirnya ke akaun Najib.

“Setiap pautan dalam rantaian itu disokong oleh bukti dokumen yang tidak disunting yang menunjukkan butiran transaksi penting. Daripada penjelasannya, mahkamah dapat menjejaki dengan jelas bila AS$120 juta dipindahkan, melalui entiti mana ia melalui, dan ke mana ia akhirnya berakhir,” katanya.- 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related