◉ HEADLINES

Tiga individu disiasat MCMC, sebar maklumat palsu kenaikan tarif elektrik di media sosial

Maklumat palsu berhubung dakwaan peningkatan tarif elektrik baharu itu dibuat menerusi platform digital iaitu Facebook, Threads, dan Whatsapp

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu dengan dakwaan berkenaan peningkatan tarif baharu elektrik di media sosial.

Dalam kenyataannya, MCMC berkata, dakwaan peningkatan tarif itu dibuat menerusi platform digital iaitu Facebook, Threads, dan Whatsapp.

Maklumat palsu itu juga, katanya, dipercayai menyalahguna elemen reka grafik sebuah agensi berita.

“Menurut aduan yang diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua suspek berkenaan peningkatan tarif elektrik adalah bersifat palsu dan boleh menimbulkan persepsi negatif yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan panik kepada masyarakat.

“Hasil semakan mendapati bahawa kandungan tersebut telah disunting daripada kandungan rasmi Astro Awani,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan ia memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,’’ katanya. – 1 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related