HEADLINES

MCMC siasat 17 individu disyaki sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api, tarif elektrik

Setakat ini lapan rakaman percakapan telah selesai dirakamkan termasuk lima kes hantaran berunsur palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api

10:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik yang tular menerusi platform media sosial.

MCMC menerusi kenyataan hari ini berkata, setakat ini lapan rakaman percakapan telah selesai dirakamkan termasuk lima kes hantaran berunsur palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api.

Daripada lima kes berkenaan, katanya tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini dan baki dua lagi telah selesai dirakam semalam.

“Terdapat tiga kes berkaitan tarif baharu elektrik manakala baki sembilan lagi suspek sedang dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan ia memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu, yang boleh menimbulkan suasana panik dan kegelisahan kepada pengguna.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,’ katanya. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related