HEADLINES

PM lancar Madani Mart pertama, sasar ringankan kos sara hidup rakyat

Madani Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 cawangan di seluruh Malaysia, dengan matlamat memastikan setiap DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kedai runcit Madani Mart cawangan pertama di negara ini, yang terletak di Indera Mahkota 8 (IM8), Kuantan Pahang, sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Madani Mart yang berkonsep kedai komuniti, menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah dicapai oleh rakyat, berteraskan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah.”

Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut meluangkan masa selama 10 minit melawat kedai runcit berkenaan, diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Madani Mart yang diterajui Yayasan Madani itu, turut membuka ruang kepada komuniti dan usahawan tempatan untuk turut serta dalam perniagaan itu.

Pembukaannya juga menandakan satu pencapaian penting dalam usaha negara untuk menjadikan keperluan harian lebih mampu milik.
.
Sementara itu, Fuziah ketika ditemui pemberita berkata Madani Mart merupakan satu pendekatan strategik yang signifikan dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara lebih menyeluruh dan bersasar.

Beliau berkata inisiatif itu tidak melibatkan pengeluaran modal daripada kerajaan sebaliknya digerakkan melalui model kerjasama strategik melibatkan sektor awam iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), operator atau pemegang lesen (swasta) dan Yayasan Madani (sosial), lapor Bernama.

“Dalam model terdahulu, kerajaan keluar modal dan bayar untuk mengubah suai, beli stok…Madani Mart kerajaan langsung tidak keluar modal,” katanya ketika ditanya perbezaan Madani Mart dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Sementara itu, beliau berkata Madani Mart membuka ruang kepada komuniti dan usahawan tempatan untuk turut serta dalam perniagaan itu.

Madani Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 cawangan di seluruh Malaysia, dengan matlamat memastikan setiap DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related