HEADLINES

Umno sokong PM fokus tangani kos sara hidup, bukan PRU16: Asyraf

Setiausaha Agung Umno menegaskan keutamaan negara kini ialah kebajikan rakyat, bukan perebutan kuasa, sambil menyambut baik kenyataan Perdana Menteri bahawa PRU16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak akan diadakan dalam masa terdekat, dengan menekankan bahawa keutamaan kini mesti diberikan kepada usaha menangani cabaran kos sara hidup rakyat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata dalam suasana ketidaktentuan global, semua pihak wajar mengetepikan perebutan kuasa dan menumpukan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat.

“Ketika ini negara sedang berhadapan dengan krisis yang besar, maka sewajarnya kita jangan terlalu memikirkan soal perebutan kuasa dan kedudukan semata-mata. Apa yang paling penting adalah pemimpin negara terus memberikan fokus kepada bagaimana memastikan rakyat mampu berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meruncing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Umno Cawangan-Cawangan 2026 dan Majlis Jamuan Aidilfitri Umno Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merangkap Ketua Umno Bahagian Lumut.

Semalam, Anwar memberi bayangan Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRU16, sebaliknya kerajaan mahu memberi fokus kepada pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Asyraf Wajdi menambah, kenaikan harga minyak dunia akibat faktor geopolitik dan konflik antarabangsa antara cabaran utama di luar kawalan negara, sekali gus memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian rakyat.

“Pendekatan yang disarankan Perdana Menteri mencerminkan nilai tanggungjawab dan keprihatinan tinggi terhadap realiti yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Dalam konteks Barisan Nasional (BN), pendirian kami jelas, iaitu memberi fokus kepada usaha terbaik untuk membantu rakyat. Ketika rakyat berdepan krisis, adalah lebih penting untuk kami memusatkan perhatian kepada soal kebajikan dan kesejahteraan mereka,” katanya. – 5 April, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Selangor, KL, and Putrajaya face water price hike, but minimum charge unchanged: Amirudin

The Selangor Menteri Besar confirms an increase in water tariffs for higher consumption levels, while the minimum charge for domestic users remains at RM6.50

Related