HEADLINES

Asnida Daim mengaku tidak bersalah, gagal isytihar saham 5 syarikat

tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melibatkan kegagalan mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat, dengan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Asnida Daim, anak kepada bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengisytiharan pegangan saham dalam lima syarikat.

Tertuduh berusia 60 tahun itu bagaimanapun menafikan pertuduhan sebaik ia dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Minta bicara,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 [Akta 694] bertarikh 8 November 2023. Notis berkenaan diserahkan kepadanya oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya atau lebih tinggi pada 14 November 2023.

Kegagalan itu merujuk kepada tindakan tidak mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023. Jika sabit kesalahan, Asnida boleh dihukum di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Asnida memohon jumlah jaminan lebih rendah, iaitu kira-kira RM15,000 serta membantah syarat tambahan berkenaan penyerahan pasport.

“Anak guam saya telah mendedahkan 16 hartanah, namun inilah hartanah yang tidak didedahkan kerana syarikat terbabit tidak aktif dan dalam proses gulung tikar.

“Tentang pasport, saya rasa penting untuk diingat, adakah terdapat risiko tertuduh akan melarikan diri dari negara ini? Saya fikir tidak masuk akal kerana tertuduh sudah berumur lebih 60 tahun,” kata Gurdial.

Menjawab perkara ini, Mahadi memberitahu mahkamah bahawa Asnida telah dua kali gagal hadir ke ibu pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 13 Feb dan 11 Mac 2026 dan hanya hadir semalam, iaitu selepas dipanggil untuk kali ketiga.

“Ini menunjukkan kebarangkalian untuk tertuduh melarikan diri daripada menjawab pertuduhan di mahkamah, oleh itu kami berpendapat jumlah jaminan yang disyorkan adalah munasabah.

“Kami juga mohon syarat tambahan berkenaan pasport dibenarkan. Tertuduh boleh ke luar negara, cuma tertakluk kepada permohonan pasport di mahkamah,” kata Mahadi.

Hakim Rosli menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes. – 7 April, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related