HEADLINES

SPRM tahan dua pensyarah IPTS, rasuah RM5 juta dana penyelidikan

Empat individu termasuk pegawai syarikat minyak dan pengarah kejuruteraan ditahan; 70 akaun bank dibekukan, tujuh kenderaan disita

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air, dipercayai terbabit dalam rasuah bernilai kira-kira RM5 juta berkaitan projek penyelidikan.

Penahanan antara jam 2 hingga 5 petang di pejabat SPRM Perak itu turut membabitkan seorang pegawai syarikat minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan berusia lingkungan 40-an.

Sumber memaklumkan, wang rasuah dipercayai sebagai balasan membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan, selain membabitkan penyelewengan dana IPTS berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kegiatan ini berlaku sejak 2019 hingga 2025. Pegawai dan pengarah syarikat bertindak sebagai proksi kepada pensyarah untuk menerima wang, sama ada secara tunai atau melalui akaun bank peribadi,” kata sumber.

Susulan tangkapan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank dengan baki keseluruhan kira-kira RM8.5 juta serta menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok bagi permohonan reman,” katanya. – 8 April, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Related