HEADLINES

MOT galak e-hailing perluas ‘car pool’, kurangkan kos minyak

Loke berkata 'car pool' bukan sekadar pilihan, tapi strategi kurangkan beban rakyat

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menggesa syarikat e-hailing memperluas konsep “car pool” sebagai langkah segera membantu pengguna berdepan kos bahan api yang semakin meningkat.

Menterinya, Anthony Loke berkata pendekatan itu membolehkan penumpang berkongsi perjalanan dengan lebih efisien dan tambang lebih berpatutan. “Ini sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera kerana sebelum ini memang telah ada pembuktian konsep (PoC) yang dijalankan dengan beberapa syarikat e-hailing. Jadi, ini merupakan contoh yang kita harap dapat memberikan satu teladan kepada semua pihak dan agensi bahawa dalam menghadapi krisis kita mesti mengambil satu langkah yang proaktif,” katanya pada Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini.

Beliau menekankan dasar dan peraturan mesti sentiasa disesuaikan agar lebih peka terhadap keadaan semasa tanpa menjejaskan aspek keselamatan serta pematuhan undang-undang.

Menyentuh kesan konflik Asia Barat, Loke menjelaskan penutupan ruang udara di zon bergolak memaksa syarikat penerbangan mengubah laluan ke destinasi Eropah. “Perubahan ini bukan sahaja menjejaskan jadual operasi malah membawa implikasi kos yang ketara. Penggantungan sementara laluan tertentu serta pembatalan beberapa penerbangan harian ke Asia Barat pada peringkat awal krisis turut menyebabkan kerugian besar kepada industri penerbangan,” katanya.

Dalam sektor maritim, ketegangan di laluan strategik seperti Selat Hormuz, Terusan Suez dan Laut Merah memaksa kapal dagang beralih ke laluan alternatif melalui Tanjung Harapan, Afrika.

Bagaimanapun, Loke menegaskan kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti kesan krisis tenaga global secara menyeluruh, khususnya dari sudut jaminan bekalan dan kestabilan ekonomi. – 9 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related