HEADLINES

Rapid Rail mohon maaf, tren alternatif LRT Ampang, Sri Petaling diteruskan

Gangguan suis landasan di Chan Sow Lin jejaskan perjalanan, kakitangan tambahan ditempatkan untuk bantu penumpang

10:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf kepada pengguna susulan gangguan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin yang menjejaskan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, syarikat itu memaklumkan kerja-kerja baik pulih masih dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif akan diteruskan sehingga pembaikan selesai.

“Bagi tren dari Stesen Ampang akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin dengan jangkaan kekerapan enam minit.

“Penumpang menuju ke Ampang, perlu membuat pertukaran di Stesen Chan Sow Lin (Platform 1B dan 2B), manakala bagi penumpang dari Ampang ke Sentul Timur, pertukaran tren perlu dibuat di Stesen Chan Sow Lin (Platform 1A),” katanya.

Rapid Rail menjelaskan perkhidmatan tren dari Stesen Sentul Timur ke Stesen Putra Heights beroperasi seperti biasa.

Bagi membantu pengguna, kakitangan tambahan ditempatkan di stesen terjejas untuk memberikan panduan perjalanan, selain pengumuman berkala dibuat bagi memaklumkan status terkini perkhidmatan.

Pengguna disarankan mendapatkan maklumat terkini mengenai Laluan Ampang/Sri Petaling melalui laman media sosial Rapid KL atau aplikasi MyRapid PULSE.

Terdahulu, gangguan bekalan kuasa antara Stesen Awan Besar dan Stesen Sri Petaling menyebabkan kelewatan. Rapid Rail mengaktifkan perkhidmatan alternatif tren serta menyediakan bas percuma bagi memastikan perjalanan pengguna tidak terhenti. – 10 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Related