◉ HEADLINES

Tiada bukti kaitkan SPRM dengan manipulasi korporat: Ketua Polis Negara

Mohd Khalid mengesahkan siasatan diteruskan, termasuk ambil keterangan individu dalam dan luar negara

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sehingga kini tiada sebarang bukti menunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam kegiatan manipulasi korporat, demikian pengesahan terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan yang dijalankan masih belum menemukan sebarang penglibatan agensi berkenaan.

“Daripada peringkat awal hari itu hingga hari ini, tidak ada lagi (bukti) penglibatan daripada SPRM. Tetapi, kita akan meneruskan siasatan sebab tadi diarahkan untuk kita meneruskan siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Khalid menjelaskan pihaknya masih perlu merakam keterangan beberapa individu, termasuk yang berada di luar negara.

“Kita boleh panggil dia, tapi itulah, bila melibatkan negara asing ini, perlukan kerjasama antara G-to-G (kerajaan ke kerajaan) dan juga agensi ke agensi,” jelasnya.

Terdahulu, laporan Bloomberg pada 12 Februari lalu mendakwa kegiatan manipulasi korporat menyusup masuk ke dalam SPRM, dengan pegawai tertinggi agensi itu didakwa terlibat dalam skim yang didalangi rangkaian ahli perniagaan bagi mengambil alih syarikat. – 10 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cheng Hoe urges realistic expectations as Harimau face uphill Asean Cup challenge

With just 10 days to prepare a largely inexperienced squad, interim coach Tan Cheng Hoe says building chemistry and competitiveness will be Malaysia's biggest priorities ahead of the 2026 Hyundai Asean Cup

◉ Related