HEADLINES

Bekalan ubat stabil sekurang-kurangnya sehingga Jun: Dzulkefly

Dzulkefly bagaimanapun mengakui kos ubat dan peranti perubatan meningkat kira-kira 30 hingga 40 peratus susulan faktor logistik, pengangkutan serta kenaikan harga minyak global

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekalan ubat di negara ini kekal stabil dan mencukupi sekurang-kurangnya sehingga penghujung Jun ini hasil kombinasi simpanan stok kerajaan dan bekalan industri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly memberitahu, kerajaan mengambil langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan, termasuk melaksanakan langkah mitigasi jangka sederhana dan panjang.

“Bagi tempoh terdekat ini, sehingga penghujung Jun, kita masih mempunyai stok yang stabil dan mencukupi. Kita bukan hanya ada stockpile (simpanan stok) kerajaan, tetapi industri juga mempunyai bekalan mereka.

“Keseluruhannya, bekalan ubat seperti insulin dan vaksin yang merupakan keperluan penting mesti dikongsi. Insya-Allah tidak akan ada yang ketandusan ataupun kekurangan,’’ lapor Bernama.

Dzulkefly bagaimanapun mengakui kos ubat dan peranti perubatan telah meningkat susulan faktor logistik, pengangkutan serta kenaikan harga minyak global.

“Memang terdapat peningkatan kos kira-kira 30 hingga 40 peratus bagi ubat-ubatan, manakala peranti perubatan ada yang meningkat antara 50 hingga 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata gangguan rantaian bekalan turut menyumbang kepada tekanan harga, termasuk penangguhan penghantaran peranti perubatan sejak sebelum Mac lepas.

Oleh itu, KKM sedang berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menentukan mekanisme terbaik menangani kenaikan kos.

“Antara yang dibincangkan termasuk mekanisme cost pass-through dan kadar yang sesuai, sama ada sepenuhnya atau sebahagian,” katanya.

Dzulkefly memberikan jaminan bahawa keadaan itu tidak akan menjejaskan tahap perkhidmatan kesihatan dan kerajaan akan terus mengambil langkah yang perlu bagi menghadapi risiko gangguan bekalan.

“Kita masih dalam keadaan terkawal dan stabil, tetapi langkah lebih ketat akan diambil bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan. Kita memandang kepada langkah-langkah yang lebih ketat lagi untuk kita pastikan tidak akan ada supply-side disruption (gangguan penawaran) ataupun masalah bekalan,” katanya. – 10 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related