HEADLINES

Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz: PM

Enam lagi kapal telah mendapat kelulusan dan sedang menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan satu daripada tujuh kapal yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah selamat melepasi kawasan perairan itu dan kini sedang menuju ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata enam lagi kapal telah mendapat kelulusan dan sedang menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi taklimat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.

“Dengan ini, kita harap, Insya-Allah, bekalan minyak bagi April dan Mei dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah di sini, hari ini katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan berhasrat mengekalkan harga petrol RON95 buat masa ini.

Menurutnya, meskipun kenaikan harga global telah memberi tekanan kewangan yang besar kepada kerajaan, namun keutamaan kekal kepada kebajikan rakyat.

“Terdapat persoalan sama ada kita mampu mengekalkan RON95. Setakat ini, kita berusaha mempertahankan harga RON95.

“Walaupun ia sedikit membebankan kerajaan dari segi tekanan kewangan, saya percaya adalah penting untuk kita mengurangkan beban rakyat.

“Sebagai balasan, kita meminta kerjasama untuk mengelakkan penggunaan berlebihan. Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk membantu menjimatkan ekonomi negara.

“Kita ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hassan Marican yang melihat keseluruhannya keperluan tenaga dan Jemaah Menteri tentunya pantau setiap hari tentang perkembangan-perkembangan tersebut supaya lebih terkawal dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya. – 10 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related