HEADLINES

Polis siasat kemungkinan pelanggaran SOP kes tahanan Pakistan lolos dari penjara Sungai Buloh

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Selangor membuka kertas siasatan kemungkinan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berikutan kejadian seorang tahanan warga Pakistan melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keterangan telah dirakam daripada pelbagai pihak termasuk anggota polis, pegawai Jabatan Penjara serta beberapa tahanan yang menjadi saksi kejadian.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan dan kita akan meneliti sebarang kecuaian atau kelemahan, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan mencukupi.

“Setakat ini tiada penahanan dilakukan terhadap mana-mana individu cuma ada yang direhatkan daripada tugas aktif,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar. – Gambar Bernama, 13 April, 2026

Minggu lalu, seorang tahanan warga asing, Muhammad Hassan, 24, melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

Suspek yang berdepan pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak serta kesalahan imigresen itu, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan seluar panjang hitam.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemeriksaan di semua pintu sempadan negara diperketatkan bagi mengelakkan suspek melarikan diri ke luar negara.

Dalam pada itu, Shazeli percaya suspek Muhammad Hassan masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh selain usaha mengesan lelaki itu yang telah memasuki hari kelima kini ditingkatkan dengan penyertaan agensi lain.

“Kita percaya tahanan tersebut masih belum berkomunikasi dengan rakan yang lain dan tindakan daripada pihak polis, kita percaya telah berjaya untuk menghalang proses komunikasi tersebut berlaku.

“Kita yakin ada perkembangan positif akan diperoleh dalam tempoh terdekat hasil operasi bersepadu yang sedang digiatkan,” katanya. – 13 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related